Tuesday, June 9, 2009

MULBERI TELAH BERTUNAS

1. Dr Abd Wahab telah membekalkan kami tiga jenis keratan: keratan keras, keratan sederhana dan keratan lembut ( hijau).

2. Saya semai dalam dua jenis medium : 2:1:1 dan 3:2:1 ( tanah loam,bhn organik dan pasir)- setakah hari ini tiada perbezaan reaksi ketara terhadap perbezaan pertumbuhan jika merujuk kpd perbandingan medium.

3. Namun beberapa tunas telah keluar dari keratan lembut, mendahului keratan keras dan sederhana. Tetapi semasa keratan lembut ( bahagian menghampiri pucuk ) ini disemai 4 hari yg lalu tunas itu sebenarnya telah kelihatan, cuma hari ini tunas tersebut kelihatnnya lebih cepat tumbuh berbanding dgn lain-lain keratan.







Keratan lembut - berhampiran pucuk








Keratan sederhana - bahagin tengah









Keratan keras (perang )- bahagian bawah







Hanya selepas 4 hari tunas telah kelihatan pada keratan lembut ( muda ). Beberapa tunas juga telah mula kelihatan pada beberapa keratan lembut pada polibeg lain. Tiada sebarang horman pengakaran digunakan utk pembiakan ini.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO