Thursday, June 4, 2009

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

1. "Dgn jawatan baru, amanah baru kau kena berbeza dari orang lain" kata Meor."Kau juga mesti ada sesuatu sumbangan yg bermanfaat utk orang lain" tambah Alias. Terkedu aku mendengar saranan dua sahabat yg terlalu banyak kelebihan berbanding aku.

2. Balik Mesyuarat di KL nak ziarah Dr Abd Wahab di Bukit Kapar . Tapi semua anak dan anak saudara nak ikut sama, maklumlah semua peminat blog beliau. Tak mahu hampakan harapan sesiapa saya "angkut" penuh satu MPV.

3. Hanya sekali pusing Taman Bukit Kapar kami dah dapat mengesan dgn mudah rumah beliau. Ada pokok anggur dan pokok sutera sah itu rumah Prof... macam dah biasa ke rumah beliau.

4. " Taman Pokok Tamprate" itulah yg bermain dlm kotak fikiranku bagaimana utk berbeza dari orang lain. Kalau setakat fertigasi ramai yg mahir. Begitu juga bidang pertanian lain ada banyak agensi yg sedia memberi bimbingan. Bagaimana dgn anggur, kiwi, pokok sutera???? Di sinilah gedungnya .

5. Dlm perbualan yg sebentar dgn Prof banyak ilmu baru yg saya perolehi namun lebih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dari beliau. Agro universiti mana yg mampu gabungkan ilmu Homeopati dan pertanian? Ilmu itu Allah tabur di merata tempat jadi kita kena rajin berusaha utk mengumpulnya.

6. Moga beliau terus diberi kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah supaya orang-orang seperti saya boleh mempelajari banyak perkara agar ilmu yang bermanfaat ini terus tersebar luas utk kebaikan semua.

7. Insya Allah selepas ini saya akan lebih kerap ke Bukit Kapar... banyak perkara yg saya sangat minati ada di sana.















Bungkus keratan pokok sutera dgn kertas surat khabar yg dilembapkan dgn air utk di bawa balik ke Perak.



















Ranting anggur di Bukit Kapar. Suatu hari saya berhajat punya taman seperti ini... moga dimakbul oleh Allah.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KPD PROF ATAS PEMBERIAN POKOK KIWI, POKOK SUTERA DAN TIPS UTK MEMBIAKKANNYA.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Archive

  ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO